Tuesday 18 January 2011

15th Jan 2011: Zira Wedding @ BNO, Sabak Bernam








Dah lama x menulis, rasa janggal sekali.. Hari ni makeup utk Zira.. 1st time dpt msg dr Zira pd bulan August 2010.. Dia kata jumpe kt I’net make-up @ sabak Bernam.. Sepanjang tahun nie, kami hanya berurusan melalui hp-msg shj.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Tp terkejar-kejar coz ada meeting kt KL kol 2pm.. Owchh, x sabar nk full concentrate wif make-up make-over only.. Hopefully, next year my wish will come true..

Nk sambung cerita lg, lighting kt bilik pengantin x la memberangsangkan mata nie.. Dh la cik tukang mekap ni rabun.. Huhhh.. Cabaran.. Then, bila dh siap semua, tukang tangkap gambar x muncul, uishh dh la kita nk kejar masa.. Pakai jer la camera sendiri cap- LUMIX… So, inilah hasilnyerr.. Flash ter-Over and gambar pon x sharp.. Tp hasil d sebaliknyerr adalah sebaliknyerr.. Yeahh.. Perfecto kata org Bulgaria..

Dari segi make-up lak, I used Bronze utk bahagian mata, fake eyelash dr SASA and yg lain2 tue cam biasa laa.. Complicated just di bahagian kening coz Zira mempunyai kening yg agak tebal.. I just betulkan sikit kening Zira coz bulu2 halus baru tumbuh hasil cukuran yg terdahulu..

At night, sambil tunggu masuk waktu isya’, hp-msg berbunyi.. The sender from Zira-“Akak..tq so much. Suke sgt sgt sgt mekap akak..ramai kate mekap perfect!!;-)”….Wow, Alhamdulillah sekali lagi, menadah kesyukuran ke maha esa kerana mengurniakan satu inspirasi karya yg maha agung buat hambamu ini..Semoga kurniaanmu ini berterusan selagi hayatku dikandung badan.. Amin..

hezilyzahassan

Monday 17 January 2011

09th January 2011: Aziz & Irma Wedding @ Kelana Jaya





Cerita kali ni ditulis selepas cerita make-up di BNO, Sabak Bernam… Kalau boleh, setiap kali habis berkarya nk berkongsi cerita tetapi apakan daya… Masa x mencukupi.. Nk upload gambar pon x dek masa, inikan pula nk bercerita…

Pengantin lelaki ialah kawan masa sekolah di Sek. Men. Teknik Kerian… Rasa2nya dh hamper 10 tahun x berjumpa… Facebook adalah perantara yg menghubungkan kami… TupTup skang semangat gilerr… Alhamdulillah, dapat juga make-up kan utk isterinya yg tercinta… Kalau di ikutkan, January tahun nie kena outstation lg ke Europe, tp di awal kan pd bulan November tahun lalu…

Utk Irma, x susah utk menata rias wajahnya… Dari konsep warna, kali ni lari sikit dari warna yg sama dengan baju… Warna purple-pink amat sesuai dengan perwatakan Irma.. Utk mata, eyebase dr MAC menyerlahkan lg pandangan.. Pilihan bulu mata kali ni, kurang lebat tp panjang… Jenama x ingat tp agak exclusive dr yg biasa…

Lupa nak cerita, Aziz mengambil package baju dan make-up dr My Touch_HezilyzaHassan… Baju perempuan ditempah khas dari Tanah Seberang… Manakala, baju lelaki ditempah dr tanah air sendiri… Agak tidak memuaskan hati bila ada sedikit kesilapan dibaju pengantin lelaki, penat bergaduh dgn taylor… Terima kasih Aziz, tidak menjadikan benda ni satu issue besar… semoga kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat…

Hezilyzahassan